Latar belakang Pembebasan_Paris

Adolf Hitler dalam rancangannya ke atas Paris mahu menumbangkan semua infrastruktur penghubung penting sekitar kota Paris serta menumpaskan semua askar pemberontak,[5] sepertimana yang dilakukan dalam Pertempuran Stalingrad di Medan Barat. Walau bagaimanapun, rancangan ini tidak begitu diyakini Jeneral Infantri Wehrmacht dan pemangku gabenor tentera kota ini, Dietrich von Choltitz atas beberapa faktor: garison pimpinannya seramai 16,000 orang askar dianggapnya kurang dilengkapi dengan unit yang sangat berasingan (contohnya unit pentadbiran), tidak mampu bertempur dengan tahap memuaskan serta menggunakan teknologi yang usang dan kurang cekap (angkatan ini menggunakan 80 tangki daripada model tertentu seperti tangki Renault FT-17 dari seawal tahun 1940). Ia lebih diburukkan lagi dengan pengunduran saki-baki tentera Jerman ke-7 yang lipatan di sungai Somme dilindungi oleh unit keadaan kecil yang dilengkapi dengan peralatan moden, senjata anti-kereta kebal dan Panzer.

Operasi Cobra

Jeneral Dwight D. Eisenhower, Presiden Amerika Syarikat selaku Pemimpin Tertinggi Markas Besar Pasukan Berikat (Supreme Headquarters Allied Expeditionary Force, SHAEF), tidak menganggap pembebasan Paris sebagai objektif militer yang penting. Pendaratan tentera Amerika Syarikat dan Inggris di dataran Eropah bertujuan paling utamanya menghancurkan pasukan Jerman lalu mengakhiri Perang Dunia Kedua di Eropah, sehingga tumpuan pihak Berikat dapat beralih kepada medan Pasifik.[6] Jeneral Charles de Gaulle, pemimpin pemerintahan dalam buangan sementara Perancis ketika itu mengancam memerintahkan tenteranya menyerang Paris tanpa persetujuan SHAEF.

Pada tanggal 6 Jun 1944 (dikenal dengan nama D-Day), pihak Berikat melancarkan Operasi Overlord yang bertujuan merebut kembali daratan Eropah dari genggaman Jerman Nazi. Tahap pertama dari operasi ini adalah Operasi Neptune, yang melibatkan penyeberangan dan pendaratan militer terbesar dalam sejarah. Sejumlah 120 divisyen yang diseberangkan ke pantai Normandie secara berperingkat: 1.3 juta orang askar Amerika Syarikat, 600,000 orang askar British dan 100,000 orang askar dari beberapa negara lain termasuk Kanada, Tentera Perancis Bebas dan Poland.[7]

Operasi Neptune selesai dengan tertawannya wilayah Normandie. Misi Berikat selanjutnya adalah melakukan penerobosan ke wilayah pedalaman yakni ke Avranches untuk mengisolasi semenanjung Cotentin. Operasi diberi jolokan Operasi Cobra ini dimulai tanggal 25 Julai 1944 terdiri dari US 3rd Army dan Deuxième Division Blindée Perancis di bawah pimpinan M. Jen. Philippe Leclerc yang ditugaskan secara khusus oleh De Gaulle untuk membebaskan Paris.[8] Pasukan Sekutu ini membebaskan kota-kota di Perancis satu demi satu dan bergerak menuju Paris.

Pada tanggal 19 Ogos, pihak AS dan Perancis tiba di Mantes, bandar yang dijadikan lapisan pertahanan terakhir pihak Jerman yang terletak 25 batu di selatan kota Paris. Pada lusa harinya, Leclerc mengirimkan pasukan pemantau yang terdiri dari 150 kakitangan militer Pasukan Dalaman Perancis (Forces Françaises de l'Intérieur, FFI), 10 buah kereta kebal ringan, 10 kereta perisai dan 10 lori pengangkut askar untuk memastikan bahawa tentara Perancis lebih dulu memasuki Paris.[9]

Rujukan

WikiPedia: Pembebasan_Paris http://www.historynet.com/magazines/world_war_2/30... http://www.choltitz.de/textebilder/index.htm#truem... http://gaminsdulux.fr/ce2cm1/histoire/lib-paris.pd... http://www.liberation-de-paris.gilles-primout.fr/a... http://www.liberation-de-paris.gilles-primout.fr/i... http://www.ordredelaliberation.fr/us_doc/4_2_commu... http://www.radiofrance.fr/reportage/cahiers/cahier... http://lib.ui.ac.id/file?file=digital/20160296-RB1... http://www.history.army.mil/brochures/normandy/nor... http://www.herodote.net/19440825.htm